adeqshah's posts with tag: petua mencuci hati

What are tags? You can give your posts a "tag", which is like a keyword. Tags help you find content which has something in common. You can assign as many tags as you wish to each post.

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah

 ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar

 motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

 

 1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah

 yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan

 hatiku bersih"

 

 2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum

 tidur

 -

 Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa

 diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan

 mencetuskan semua perkara kebaikan.

 

 3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci

 hati dan menenangkan minda.

 

 4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,

 penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah"

 sebanyak 3X.

 

 5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf

 perlu sebutkan.

 

 6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali

 mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri

 sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok

 belaka)

 

 7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum

 tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak

 aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,

 aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum

 tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -

 CUBALAH!!)

 

 8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan

 perkara-perkara kejahatan.

 

 9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu

 kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

 

 10) Kekalkan wuduk

 

 11) Bersedekah

 

 12) Belanja orang makan.

 

 13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

 

 14) Berkawan dengan ulama

 

 15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

 

 16) Pesan pada orang, jadi baik

 

 17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar

 orang mengumpat." 

 

 

 

  "Wahai Tuhan...

ku tak layak ke syurgamu ...

namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...

kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
  jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..

ampunkan dosa2 kami, kedua  ibubapa kami,

dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"........

 

...Amin...


© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help